Halaman Utama > Soalan Lazim

Soalan Lazim Bagi Permohonan Galakan Di Bawah Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 Untuk Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan
 
1. Apakah borang yang perlu diisi untuk memohon Pengecualian Cukai Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk projek pengeluaran bahan makanan?
 

Permohonan oleh syarikat tanpa syarikat pelabur bagi mendapatkan Pengecualian Cukai Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Bagi Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan hendaklah mengisi Borang MOA1-2

   
2. Adakah syarikat pelabur juga boleh mendapat Pengecualian Cukai?
 

Syarikat pelabur akan mendapat potongan untuk pelaburan dalam syarikat berkaitan yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan. Untuk memohon, syarikat pelabur hendaklah mengisi Borang MOA1-1 dan syarikat berkaitan yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan hendaklah mengisi Borang MOA1-2. Syarikat pelabur yang memohon juga hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 70% daripada ekuiti syarikat berkaitan.

   
3. Apakah jenis projek pengeluaran bahan makanan yang layak?
 

Senarai projek yang layak antaranya Sayur-sayuran, Buah-buahan, Herba, Kenaf, Rempah Ratus, Akuakultur, Perikanan Laut Dalam, Penternakan Lembu; Kambing & Biri-biri dan Projek Integrasi yang melibatkan aktiviti pengeluaran bahan makanan yang diluluskan (seperti aktiviti yang disenaraikan) serta aktiviti pemprosesannya adalah juga dipertimbangkan.

   
4. Adakah pemilikan tunggal layak untuk memohon insentif ini?
 

Ya, pemilikan tunggal juga layak untuk memohon insentif ini.

 

Definisi SYARIKAT termasuk :

  a. Pertubuhan Koperasi yang berasaskan pertanian
  b. Pertubuhan Peladang Kawasan / Persekutuan / Negeri
  c. Persatuan Nelayan Kawasan / Persekutuan / Negeri
  d. Pemilikan Tunggal
  e. Perkongsian
  f. Syarikat yang diperbadankan bi bawah Akta Syarikat 1965, dan
  g. Pertubuhan / Persatuan yang terlibat dalam bidang pertanian
   
5. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama dengan borang permohonan?
 

Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama dengan borang permohonan adalah seperti berikut :

  a. Borang 24, Borang 49 dan Memorandum and Articles of Association (M&A) yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Sekretari Syarikat (Company Secretary)
  b. Gambar lokasi dan pelan tapak projek serta dokumen-dokumen yang menyokong status kesahihan pemilikan / penyewaan tanah
  c. Carta Organisasi syarikat terkini, dan
  d. Anggaran Kos Projek untuk 10 Tahun (Projek Baru) atau 5 tahun (Pelaburan Semula)
   
6. Berapa lama tempoh yang di ambil untuk mendapatkan kelulusan Pengecualian Cukai Di Bawah Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967?
 

Kelulusan kebiasaannya akan mengambil masa lebih kurang 9 minggu bermula daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

   
7. Setelah mendapat kelulusan Pengecualian Cukai Di Bawah Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967, sekiranya pada tahun pertama syarikat mengalami kerugian, adakah tahun tersebut dikira sebagai tahun pertama syarikat menikmati galakan tersebut?
 

Pengecualian Cukai Pendapatan 100% ke atas pendapatan berkanun selama 10 tahun berturut-turut hanya bermula pada tahun pertama syarikat memperoleh pendapatan berkanun atau selama 10 tahun berturut-turut di mana tahun taksiran itu hendaklah tidak lebih awal daripada tempoh asas bagi tahun taksiran surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan.

   
8. Bolehkah memohon untuk tiga aktiviti pengeluaran bahan makanan yang berlainan?
 

Boleh, tetapi pemohon perlu mengemukakan Kos Projek berasingan bagi setiap aktiviti pengeluaran bahan makanan yang dipohon.

   
9. Bilakah tarikh akhir permohonan boleh dibuat?
 

Borang-borang permohonan hendaklah diterima selewat-lewatnya pada 31 Disember 2015.

   
10. Di manakah borang-borang tersebut boleh diperolehi?
    a. Borang-borang tersebut boleh diisi secara online melalui Laman Web Sistem Maklumat Pelabur dan Permohonan Insentif, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani di http://siapp.moa.gov.my. Bagi membuat permohonan, pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar sebagai pengguna.
   
 

 

Hakcipta Terpelihara © 2009 - 2017 Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.